Rabu, November 30, 2011

zahiril adzim vs aloy


Puisi Zahiril buat Shera:

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
...
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana.
Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.” sumber



* sweet sangat300xx *
kalaulah dapat dengar abi baca puisi nih kat aku .. peh! berderai air mata pun aku tak kesah..
tapi tu laa ... antara lelaki yang aku pernah kenal sebelum2 ni .. abi lah yang paling tak romantik .. takde nya nak bagi ayat jiwang2 kalau mesej pon .. h u h u .. tapi bila sesekali dia cakap 'i love u' cair jugak aku .. haha ... betul2 mendalam dia cakap . . pastu aku mesti cakap cmni .. eleh~ slalu tak cakap pon .. nanti abi jawab - bila tak cakap bukan tak ingat, bila tak disebut bukan lupa , tapi tak kisah apa pon , semua cinta dan sayang tu wujud dan indah dalam hidup abi .. abi sayang ayg selamanya..
wieee ~ aku senyummmmmm...................
( ^________________________^)
tu pun kalau datang time jiwang tak seberapa dia tu laa...









Photobucket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

*komen la apa yang patut ye (^_^)...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...