Rabu, November 30, 2011

zahiril adzim vs aloy


Puisi Zahiril buat Shera:

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
...
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana.
Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.” sumber



* sweet sangat300xx *
kalaulah dapat dengar abi baca puisi nih kat aku .. peh! berderai air mata pun aku tak kesah..
tapi tu laa ... antara lelaki yang aku pernah kenal sebelum2 ni .. abi lah yang paling tak romantik .. takde nya nak bagi ayat jiwang2 kalau mesej pon .. h u h u .. tapi bila sesekali dia cakap 'i love u' cair jugak aku .. haha ... betul2 mendalam dia cakap . . pastu aku mesti cakap cmni .. eleh~ slalu tak cakap pon .. nanti abi jawab - bila tak cakap bukan tak ingat, bila tak disebut bukan lupa , tapi tak kisah apa pon , semua cinta dan sayang tu wujud dan indah dalam hidup abi .. abi sayang ayg selamanya..
wieee ~ aku senyummmmmm...................
( ^________________________^)
tu pun kalau datang time jiwang tak seberapa dia tu laa...









Photobucket

Khamis, November 24, 2011

utara jumpa selatan


sepupu aku yang seumuran dengan aku semua da kawen..tinggal aku dan sorang lagi jek belum..
takde rezeki lagi kot nak kawen cepat nih...

semua makcik2 aku pon asik tanya soalan yang sama..

ermm...


'malas nak tulis'



kawan2 aku lagi la..maklum la akhir2 tahun nih..semua pakat-pakat kawen..bukan 3-4 orang..lebih dari tu..mula dari bulan 11 sampai ujung bulan 12..boleh kata tiap hujung minggu bulan-bulan tersebut ada saja undangannya..belum kira yang kejadian pada hari yang sama..aigooo~

tapi Alhamdulillah..da sampai jodoh mereka..

apa pon aku doakan yang terbaik buat korang semua yang bakal meniti fasa baru dalam hidup korang...happy ever after ^_^



last,
untuk orang selain dari selatan...


kat johor, mak andam tunggu tol..hehehe


daaa~




kerana sebiji langsat...eh duku la!

assalamualaikum..



hanya kerana kau duku....
aku da tak dapat tengok muka dia..aku suka gaya co0ool dia..ohsem!
sedih siot....he got western food cooking talent but fail on fruit name..
takde rezeki dia...

lepas nih tak dapat tengok da..
kalau la boleh, nak dia ada lagi..
compete la antara yang dah tersingkir tu..InsyaAllah boleh..

sorang da tersingkir, tinggal lagi 2 orang yang aku suka & harap boleh ke final..

ZAMIR & EZANI. . .


Photobucket

Rabu, November 23, 2011

4-3

Skuad B-23 Mantap!!!

bersemangat betull aku tengok gambar nih..rasa nak ikut jerit kat situ..hoyeee!!!

nak petik kata-kata pengulas sukan kat astro tu..tak ingat namanya..

''mula-mula kita gigit sayap kiri..sekarang kita gigit sayap kanan''

lebih kurang macam tu lah bunyinya,..

jadinya garuda dah tak boleh terbang...

opps~



Photobucket

Isnin, November 21, 2011

makan hati BERULAM jantung


korang suka makan ulam?? aku sukaaa sangat..jadinya ahari ni aku nak buat 'top list' ulam kegemaran aku..kehkhekhek~ khasiat ulam-ulam nih tak perlu la aku nak cerita kan..korang pun tahu sendiri rasanya..tak tahu? google aja..dengan internet semua boleh..kan..hee

dulu kecik2,dekat rumah lama aku ada sebatang pokok gajus yang sihat dan lebat gila daun2nya..sebab selalu je mama aku suruh aku pegi petik pucuk2 gajus tu untuk dijadikan ulam,lama-lama aku da jadi pandai makan ulam pucuk gajus tu..asik tengok ayah aku makan macam sedap sangat jek..akhirnya,terikut..daun nya takde la pahit sangat pun..sedap..

lepas tu, dekat rumah mak cik aku @ aku panggil mak ndak..ada pokok jering derr! ohsem..ada 2 ke 3 camtu...pak ndak aku suka sangat makan jering nih..asal datang jek mesti tengah jolok2 jering tuh..kalau tengah musim@banyak buah nya, pak ndak aku pegi jual..aku pulak kalau datang sana konfem makan kat sana punye..memang tak malu..kecik2 ape kisah kan..kalau ada jering tuh aku suka rasa..cicah dengan sambal belacan yang pedas+masam2 limau kasturi+masin2 skit tuh...umphh!! tapi sedadu je la aku rasa...pahit gilerrr kot...hahahha...

ade petai jugak..sebab uma mak ndak aku nih dekat dengan cerun2 bukit sikit..jadi pokok2 besar@hutan tu memang banyak la..bila da hari2 pak ndak aku teroka,hutan nya da tak menakutkan da,,aku pun da berani masuk..ikut je family mak ndak aku terjah hutan tu cari ulam-ulam tu.


jadinya..dari kecik aku da padai makan ulam..sekolah rendah lagi der..kena pulak aku nih spesis suka makan sayur..jadinya aku telan jek semua...kalau makan nasi takde sayur,memang tak sempurna der...tak kisah sayur ape pun..


bila da besar...* ni yang nak buat top list ulam nih*
aku paling suka makan ulam :
1) ulam raja
2) jantung pisang (ulam ke?? haha..tapi aku sukaaa sangat + cicah dengan air asam yang pedas + masam giler..haha)
3) petai
4) kacang botol
5) daun selom (kawan aku ajar!)
6) kalau bunga kantan dibuat masak asam pedas..aku makan!
7) daun kesum masak dengan asam pedas pun aku makan! haha..yang nih mesti berebut dengan adik aku..sebab die pun suka makan daun kesum..pelik tak kiteorang??

tapi..aku tak suka timun..bukan la tak suka langsung..cuma tak suka biji2an kat tengah tu..aku suka makan tepi-tepian nya aja..haha...

kalau pegi kedai makan rasa rugi gila kalau tak amik ulam-ulam nih..mesti amik punya..sambal belacan tak tinggal okeh!..



terliur seh tengok gambar nih...ngeyer..haha

p/s - kalau lepas nih korang mintak mak korang pegi beli jantung pisang pastu soh buat air asam sekali jangan salahkan aku eh..ngee~




Photobucket

Jumaat, November 18, 2011

nak menang nih!!



klik tuk tumbesaran yang hebat..



nakkkkk sangat masuk contest nih..SAFETY QUIZ 2011 bawah kelolaan MMHE @ Malaysia Marine and Heavy Engineering..

hadiah no 1 tu yang aku nak sangat...


mahu..


tapi...


tapi...



boss tak bagi..huwaaa~

sebab aku sedang sangat sibuk uruskan audit punya dokumen dan site report..nanti kalau masuk kuiz tu nak kena ada briefing ke apa2..menang round 1 masuk round 2 pulak...quiz schedule start 21th Nov - 13Dec 2011..DAN kuiz tu (kalau masuk final la..) pada 13 DEC 2011.. sehari sebelum MMHE audit tuk company aku...audit 14 Dec..rugii kan...erghhh!

audit nih pun bukan macam juruaudit yang mengaudit akaun tu..ni audit pada kepekaan dan pelaksanaan company aku terhadap 2 aspek penting:

1) HSE @ Health, Safety & Environment
2) QUALITY - including Quality Assurance & Quality Control

tengok tajuk aspek macam senang la kan...cincai pon boleh buat..tapi sangat penting untuk dibuat sesempurna yang mungkin + meaplikasikannya..dan yang membuat sedikit sukar, dokumen ada, aplikasinya kurang mengikut garis panduan..sikit2 tu keluar garisan jugak la..ha~

masa briefing dengan pihak MMHE kelmarin,dia cakap audit ni untuk menaiktarafkan company aku setanding MMHE..kalau dan jikalau kiteorang memang betul mengaplikasikan isi-isi yang ada dalam dokumen tu..susah tau..standard MMHE tu tinggi, kalau buat tender/technical proposal, keje rasmi aku tu..macam2 dorang mintak..

audit ni pun untuk company yang terpilih jek..yang da berjaya menyiapkan projek2 mega dengan MMHE terutamanya..dan ada record yang baik.. hee~


macam mana pun..melepas la aku....ermmm~



Photobucket

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...